Akademi MRCA menawarkan kepada Ahli-ahli pelbagai kursus latihan peruncitan untuk memenuhi keperluan individu, industri dan profesional, terutamanya di kalangan kakitangan mereka. Berdasarkan rekod pencapaian dan kejayaan penceramah Akademi yang luas, peserta boleh memilih dari pelbagai program latihan yang disesuaikan untuk dipadankan dengan pengalaman pembelajaran mereka yang berkualiti tinggi.
Akademi MRCA memberi peluang kepada ahli untuk memanfaatkan pengalaman kolektif dan sumber kumpulan dinamik pakar peruncitan Malaysia. Pelbagai program latihan dan pendidikan anjuran Akademi akan membantu meningkatkan kemahiran dan kebolehan kakitangan ahli-ahli untuk menggerakkan mereka ke arah kerjaya yang lebih maju.
Untuk menjadi organisasi profesional tanpa untung yang terkenal yang menawarkan latihan dan kemajuan dalam sektor Peruncitan, Francais dan Penjenamaan.
Untuk memberi tumpuan kepada kemajuan menyeluruh ahli-ahli supaya mencapai potensi penuh dengan menimba ilmu, kemahiran, sikap, nilai, kecekapan dan ciri-ciri untuk berjaya dalam kehidupan dan kerja, supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Misi kami berpandukan lapan nilai teras:
Jenis Latihan
Topik Meliputi:
MRCA Academy Scholarship 2025 is now LIVE! The countdown is over – it’s time to level up your team!
2025-07-31